Thursday, May 28, 2009

Resepi Rendang Wan Siah
















Resepi ni selalu mak Ayah (Wan Siah) buat setiap kali sambut Ramadhan & sambut raya. Masa penyediaan tu tak le lama tapi masa yang diambil untuk memasak lebih kurang 3 - 4 jam! Harap bersabar.

Kali pertama Ibu buat rendang ni semasa Ayah pegi haji pada Disember 2008. Hari Raya Haji tahun tu jatuh pada 8 Disember i.e. birthday Kak Udzma yang ke 7. Ibu buat rendang sebab Wan & Atuk pun pegi haji so kalau ibu tak buat, tak de rendang raya tahun tu.. Komen PakNgah & Anti Lin - JADIK!! Ibu rasapun memang jadik sebab 3 ekor ayam tu, cuma ibu selamatkan seketul untuk ayah dan 2-3 ketul Anti Lin bawak balik. Yang lain, semua habis dimakan pada petang raya masa Anti Lin, Anti Shazrin, Sudil, PakNgah & MakNgah datang rumah petang raya tu, sambil potong kek sempena birthday Kak Udzma... Petang tu juga Rafid dengan bangganya telah menggunting baju raya purple dia dengan gunting Pendidikan Seni Kak Zunah.

Bahan- bahan untuk dikisar:
8 ulas bawang kecil
1 labu bawang putih
2 inci halia (besar)
2 inc kunyit
segenggam cili padi

Bahan-bahan lain:
4 sudu cili kering (yang dah dikisar)
2 paket kari ADABI (bancuh dengan sedikit air)

3 ekor ayam pencen
7 biji santan kelapa - jadikan 3 bahagian
1.5 biji kelapa - buat kerisik
15 batang serai - titik
10 batang serai - hiris halus

Cara membuatnya:


  1. Masukkan ayam dalam kuali. Campurkan bahan2 yang dikisar, cili padi, cili kering, serai, serbuk kari, santan dan sedikit air ke dalam kuali.

  2. Masak dengan api kecil. Kacau sekali sekala hingga agak kering.

  3. Masukkan 1/3 santan. Kacau sekali sekala hingga agak kering.

  4. Masukkan 1/3 santan yang terakhir and kacau hingga agak kering.

  5. Masukkan kerisik.

  6. Kacau hingga kering.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment