Semalam, 30 Mei 2009, Ibu pergi kursus sehari di Bilik Kuliah LR1, Kuliyyah Architecture, UIAM Gombak. Belajar macamana nak mengajar anak membaca dengan kaedah Ameen Edudare.
Kak Zunah & Kak Udzma dulu Ibu gunakan cara 'Bacalah Anakku'. Memang berkesan. Dua-dua anak Ibu masuk ke Tadika Amal Tahap 1 (5 Tahun), memang dah pandai membaca. Pergi tadika cuma nak tambah kawan je.. Kak Zunah masuk tadika masa umur dia 4 tahun 5 bulan, dia memang dah pandai membaca dengan lancar. Sebab itu, masa umur 6 tahun Kak Zunah masuk Darjah 1 Sekolah Rendah Agama. Kalau dia tadika mesti bosan sesangat sebab masa tu dia dah advanced as compared to her age. Kumon pun dia dah ahead 1.5 years drp her age level. Kak Udzma pulak masuk tadika masa umur 4 tahun 1 bulan, sebab dia lahir pada hujung tahun. So, masa dia mula tadika, memang membaca merangkak2, tak lancar. Tapi selepas sebulan, dia dah membaca dengan lancar.
Rafid - sekarang dah berumur 2 tahun beberapa hari. Ibu pun tak sure perkataan apa yang dia boleh sebut dengan betul. Dia banyak guna bahasa isyarat. Ramai yang cakap lelaki memang lambat bercakap. So, sebagai persediaan, Ibu pergi kursus ni. So that bila Rafid dah rajin bercakap, Ibu dah ada ilmu macamana nak ajar dia. Ibu pilih Ameen Educare sebab kaedah ni banyak bahan bacaan susulan untuk melancarkan lagi bacaan once kanak2 dah pandai membaca.
Sehari suntuk berkursus, dengan kepala yang masih pening, kesan sakit kepala hari Rabu & Khamis lepas, Ibu bersemangat belajar & membeli beberapa buah buku.
Malam tadi, masa nak tidur, ibu try le buka buku yang baru Ibu beli then ajar Rafid. Bus, Mum, Gus. Lis, Pin, Tin. Dia follow apa Ibu cakap! Ibu rasa nak melompat happy. Walaupun sebutan tak tepat, tapi at least dia nak bercakap. Ahhh! Lega dengar suara Rafid... Ibu tidur sambil senyum malam tadi...
No comments:
Post a Comment