Monday, January 18, 2016

Lala pedas Along


Bahan-bahan:

Sekilo lala
3 biji bawang putih
5 tangkai cili padi (atau ikut tahap kepedasan memasing)
4 sudu cili kering yg dah blend
4 sudu besar sos tiram
2 batang serai
Minyak untuk menggoreng
2 cawan air

Cara membuat:
  1. Rendam lala selama setengah jam. Salin air beberapa kali. Buang lala yg tertutup rapat.
  2. Tumbuk bawang putih & cili padi
  3. Panaskan minyak, goreng bawang putih & cili sampai kekuningan
  4. Masukkan cili blend & serai. Masak hingga cili agak garing
  5. Tambah kan air, lala, garam, gula & sos tiram. Gaul rata.
  6. Biarkan mereneh. Kalau boleh tutup supaya cepat masak
  7. Gaul sekali sekala. Masak hingga kuah pekat.
  8. Rasa kuah & tutup api.
SIAP!!

Siakap Stim Asam Mak Ngah Wati


Resepi untuk 2 ekor ikan saiz sedang.


Bahan-bahan:3/4 labu bwg putih - separuh hiris pjg & separuh cincang halus Cili padi - 20 biji - separuh hiris nipis & separuh tumbuk setakat peca3 sudu besar sos ikan thai4 sudu besar sos cili thai1 sudu kecil garam1 sudu kecil gula1 biji limau nipis - amik air shj4 biji limau kasturi - amik air shj10 batang daun ketumbar - Separuh potong halus, separuh petik tangkai je.Campur semua bahan kecuali bawang putih hiris pjg.Campurkan dgn air panas - sampai cukup bancuhan sos tadi menjadi 1.5 mangkuk kecil (approx 350ml)




Cara-cara membuat:

  1. Lumurkan ikan siakap dgn air limau nipis (dr 1/2 biji) & garam. Biarkan setengah jam. 
  2. Kukuskan selama 15 minit atau sehingga separuh masak & keluar air ikan
  3. Curahkan bancuhan sos tadi. Taburkan pula daun ketumbar dihiris nipis. 
  4. Kukus selama 20 - 30 minit, depends on saiz ikan
  5. Tabur daun ketumbar yang dipetik2 then kukus lagi 5 minit. 

SIAP!!!!